takbir kepalsuan cinta

Diposting oleh oncomwapmaster pada 05:37, 19-Sep-16

www.omaQ_.org013.jpgAlhamdulilah dapat lagi aku menaip di blog yang sentiasa menghibur kan hati ini, dalam kehidupan kita , kita akan jumpa dengan berbagai ragam manusia dan buat kita keluh resah kadang kalanya. Tetapi apa yang selalu di ungkapkan itu hanya tentang cinta dan cinta. Di kala itu , hatiku bertanya cinta itu di agungkan tapi kenapa di saat kecewa cinta itu di hina ?

Adakah manusia sukar untuk menerima qada dan qadar yang telah di tentukan oleh Allah ? banyak persoalan yang di tanyakan dan kadang kala aku sendiri mencari bagaimana untuk aku menjawabnya.

Hari ini aku dapat satu pertanyaan dari sahabat baik aku, dia bertanya " Aku macam mana ekk, Apabila kita sukakan seseorang itu sayang padanya sehinggakan buat solat aku tak kusyuk kerana memikirkan dia, apa yang perlu aku buat ? perlu ke aku tinggal kan dia ? Kadang ketika malam di selalu mesej dan bertelefon buatkan aku lambat solat dan kadang solat cepat takut dia marah kerana aku lambat balas mesej dia.

Wahai sahabatku, pada ketika solat itu ,tinggalkan seketika cinta dan hal dunia. Memang tak di nafikan kalau kita sedang bercinta, kita lebih pentingkan si dia , takut si dia marah dan merajuk apabila tak balas mesej dia.

Tapi kena ingat juga bagaimana murka Allah terhadap kita ? Aku pun akui kadang solat aku pun belum kusyuk lagi, jauhlah jika mahu solat yang sempurna,tapi aku coba kearah itu. aku tak mahu jika solat itu tak di terima Allah

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya.”
Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : “Tidak ada himbuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat.”
Jadi fikirkan lah sahabatku , mahukah kamu kerana cinta itu buatkan kau lalai dalam solat ? Nasihat aku, katakan padanya bahawa kamu perlukan ruang masa dan jarakkan seketika waktu kamu dengan dia. Utama apa yang wajib daripada pekara lagha.

Ingat perempuan yang baik yang akan sentiasa menjaga akhlak dan akidah serta akan selalu ingatkan kamu kearah kebaikan.

Maka fikirkan cinta manusia atau cinta Allah yang kamu ingin kan ? Aku faham, orang bercinta ini memang semuanya nampak si dia saje, tapi jangan lupa itu semua adalah permainan syaitan yang tak pernah putus asa dan kreatif untuk kita lupakan Allah.

Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apa saja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud: “Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya” [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].

Jadi sahabat mari kita muhasabah diri , lihat di mana cinta Allah kita letakkan ?? Cinta Allah itu besar pada manusia,tetapi kenapa cinta kita pada Allah terkalahkan nafsu,. renung-renungkan lah

kesalahan lucu pada headline berita tv

Diposting oleh oncomwapmaster pada 02:16, 16-Sep-16

ThumbnailApa jadinya jika sebuah headline berita TV yang berisikan informasi penting salah ketik,mungkin ada juga salah bicara berikut ini kesalahan-kesalahan lucu pada headline berita. wah..baru kemarin masa puasa diperpanjang sampai 2019 2. Ahkir perjodohan pun kandas dipinggir kali 3. Untung saja FPI masih baik hati 4. Wah..waaah..tinggi sekali SUNAMINYA 5. Ternyata TRUCK bisa tewas sama manusia 6. Mungkin Pesawat tewas didalam kadungan ibu pesawat kali ya 7.... [Baca selengkapnya]